Saturday, 31 October 2015

GADGET


Okay hari ni kita cerita pasal gadget. Tau tak benda gadget tu? Gadget tu sejenis peralatan elektronik yang kecil yang ada fungsi khas. Contohnya macam telefon pintar @ smartphone, Ipod, kamera, macam-macam la. Sekarang dah masuk zaman moden. Kebanyakkan orang dah ada gadget ni. Budak kecil umur 5 tahun pun ada dah termasukla diri ku ini. Hehehehe.

Hari ini nak share jenis gadget yang ku ada. Ha saya adalah golongan yang memang dah tersenarai dalam perlu ada gadget. Saya memang gilakan gadget tapi saya bukan lah orang yang tak boleh hidup tanpa gadget tu. Memang la ianya satu keperluan bagi saya benda tu ibarat satu bentuk yang perlu ada. Ha mesti baca pun dah berbelit dan susah nak paham kan. Hahahahaa. :P

Saya ada beberapa gadget macam telefon, kamera, laptop, pembesar suara. Hehehe. Sepanjang saya dekat UUM dah berapa kali saya "upgrade" gadget saya. Telefon usah cakap dah banyak kali rosak dan banyak kali tukar. Sedih pun ada jugak bila fikir banyak duit habis untuk semua tu. :(

Di bawah ni ada gadget yang saya ada. (^_^)

Ni telefon yang saya pakai sekarang lepas banyak kali tukar sebab rosak, pecah dan sebagainya. Hehehe. :P


Kamera DSLR saya. :)


Laptop saya untuk buat segala kerja :)

Telefon ni rosak tapi kira gadget saya la ni. Hehehe. Dalam proses nak baiki. :)


Sistem audio yang ada. Bosan boleh buka kuat-kuat. :P


Ha itulah gadget yang saya ada. Tu yang ada dekat saya sekarang, dekat rumah ada lagi. (^_^)


Kehidupan Seorang Pelajar
(LIFE STUDENT @ STUDENT LIFE)


Hari ini kau datang riang,
Tersenyum buat ku senang,
Kau hias dirimu,
Membuat hati bertambah sayang....

Cewahhh. Bagi intro baik punya tapi ada kaitan ke dengan tajuk kat atas tu. Student life.
Nak start dari mana ek. Ok kita buat yang ringkas dulu. Pendidikan awal semestinya dari rumah la. Keluargaku mengajar bertatih, berjalan apa bagai. Pastu pergi ke "KEMAS". Habis dari tu masuk sekolah rendah namanya "SK Sungai Isap" (SKSI). Sekolah dekat SKSI ni sampai darjah 4. Tak sampai beberapa minggu sekolah dekat SKSI aku dapat tawaran masuk sekolah asrama darjah 4 nama sekolah tu "SMK SERI PEKAN" (SMKSP). Sekolah ni aku sekolah sampai UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah). Keputusan yang aku dapat cukup memberangsangkan. Hehehe.

Masuk sekolah menengah tingkatan satu aku pindah sekolah harian pulak sampai tingkatan 5. Nama sekolah tu "Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Isap" (SMKSI). Ni la sekolah yang aku amek PMR dan SPM. Yang banyak kenangan. Hahahaa. Lepas tu aku mohon nak masuk universiti guna result SPM tapi tak dapat. Kecewa. :(

Kecewa aku kejap je. Pastu dapat semangat dari keluarga dan "ehem-ehem" suruh sambung masuk tingkatan 6. Kali ini aku sekolah dekat "SMK PAYA BESAR" (SMKPB). Dan sampai aku dapat result aku pun cubala minta universiti ni dan alhamdulillah aku dapat masuk kat tempat aku sekarang namanya "Universiti Utara Malaysia" (UUM).

Mula-mula dapat memang seronok sangat sebab akhirnya dapat masuk "U". Siapkan barang dan dokumen dan pada tarikh 3 September 2015 bermulah perjalanan aku sebagai seorang mahasiswa UUM yang berkaliber. Hahahaha. Mungkin tak banyak yang dapat aku ingat memori dari semester 1 sampai semester 7 tapi setiap semester yang aku lalui ada ceritanya tersendiri.

Pada semester 1, aku digelar kawan-kawan baru sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia sebab aku dulu sem 1 suka pakai songkok lepas tu songkok tu akan senget dengan sendiri dan kelihatan macam mantan PM malaysia dahulu, Hehehe. Semester 1 juga aku dilantik untuk menjadi ahli jawatankuasa dalam persatuan akademik yang lebih dikenali sebagai "Persatuan Pengurusan Operasi". Hehe mula-mula tak nak rancang tapi dah rezeki. Jangan ditolak so aku terima jawatan dalam persatuan sebagai timbalan exco informasi dan penerbitan. Lagi sekali aku cakap aku pegang kali ni je tapi yang ni tak jadi kenyataan tapi aku dapat yang lagi baik. Semester 1 tu la aku banyak berjalan kat kedah ni hasil pengaruh kawan-kawan. Hahahaha.

Masuk semester dua, sebelum masuk sem 2 aku cek result waktu sem 1 tu dan alhamdulillah aku lulus peperiksaan akhir yang pertamanya kalinya aku ambil dekat UUM. Walaupun tak segempak boleh dapat anugerah dekan aku masih dikategorikan dengan seorang yang cemerlang. *hahaha masuk bakul sendiri daaa* Aku masih lagi pegang jawatan aku dan sem 2 aku mula aktif dalam sukan memukul iaitu Badminton. Hahahaha. Tapi aktif tak lama pun.

Masuk sem 3 aku dinaikkan jawatan. Cewahhhh. Macam kerja pulak. Hahaha. Daripada timbalan exco aku naik jawatan sebagai "Setiausaha 1". Besar tanggungjawab time pegang jawatan tu. Banyak pahit sedih time aku sem 3 ni. Nak tau ke? Tak perlu la rasanya sebab ikut kata yang sering didengar "Perkara Yang Lepas Usah Dikenang" Hehehehe. :P.
Masa ni result aku jatuh sikit. Sikit je tapi alhamdulillah masih cemerlang. Hehehe

Masuk sem 4, subjek pelajaran aku makin payah. Apa yang diajar satu habuk tak paham. Tapi once dah paham akan ku ingat sampai bila-bila. Time ni jugak aku susah sebab kewangan tak stabil. Tapi berkat kesabaran alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Masuk sem 5 lagi sekali aku dinaikkan pangkat dalam persatuan. Dari setiausaha 1 aku naik sebagai presiden bagi kelab akademik jurusan pengajian aku. Satu jawatan besar yang perlu dipikul. Dalam tempoh pemegangan aku sebagai presiden banyak benda yang jadi pada aku. Kawan mengumpat pasal aku, cakap buruk tentang aku, macam-macam la sebab banyak sangat. Result aku pun boleh dikatakan average cemerlang tapi masih dalam keadaan cemerlang. Hehehe.

Masuk sem 6, aku niat untuk bergerak solo. Maksud solo sini aku suka buat kerja aku sendiri. Sebab mungkin dah dapat hidayah kot. Hehehe. Sem 6 jugak merupakan sem yang agak susah untuk aku hadapi. Telefon pecah, laptop rosak, kenderaan aku nak gi kelas rosak. Pasrah sangat kena macam tu. Kuatkan semangat dalam hati apa semua. Akhirnya aku berjaya untuk menamatkan semester 6.

Semester 7. Itulah semester yang aku sedang hadapi sebagai pelajar tahun akhir bagi jurusan aku atau senang paham "senior". Sem 7 ni la aku jadi gila-gila sikit dan aku nak achieve goal hidup aku sebelum aku pergi praktikal nanti dan masuk dunia pekerjaa.

Banyak benda nak cerita tapi tak berapa nak ingat. Kalau aku ada diari akan aku tulis setiap apa yang terjadi tapi malangnya tak ada. Dulu ada tapi tiba-tiba tak menulis diari. "Diari seorang lelaki" macam tajuk lagu dah tu. Hehehe. InsyaAllah ada masa saya akan update entri yang ini bila dah ingat.

Terima kasih kerana sudi membaca. (^_^)

DAUN

Apa yang korang tau pasal daun? Daun? Daun?

Daun mempelam/mangga/adik beradik mangga daun lebih kurang macam ni.

Okay daun mempelam ni menurut apa yang saya buat kajian sikit menunjukkan yang daun ni boleh sembuhkan penyakit. Apa???? Daun mempelam ada orang makan ke? hahaha. :D
Mula-mula nak percaya tu agak sangsi tapi bila dah tengok baca dengan mata sendiri baru tau yang mempelam punya daun ni banyak kegunaan. 

Okay kat bawah ni saya senaraikan beberapa fungsi daun mempelam ni. Tapi sebelum tu nak bagi sedikit info tentang daun ni. Mana yang tak tau daun ni menghasilkan buah yang manis bila dah masak dan masam bila tak masak lagi. Masak???? Nak letak atas dapur ke masak? Hahahaha. Maksud masak ni bukan merujuk kepada masak atas dapur tapi tanda-tanda buah tu memang boleh makan manis dan sedap. Contohnya buah mempelam yang dah masak ni akan masak dan sedap di makan bila warna buah tu kekuningan. Nanti saya tunjuk gambar.

Yang tak masak ni tak leh makan ke? Yang tak masak ni boleh je makan tapi nak tak nak je. Saya suka makan yang muda-muda dengan asam boi takpun kicap letak gula belacan sikit pastu letak  lada@cili. Perghh berasap lau makan. Pernah dengar perkataan colek? Ha itulah istilah kalau saya makan yang muda dengan kicap gula belacan lada tu. Hehehehe. Meleleh air liur kalau dapat.







Buah mempelam yang masak. Ni memang best. Manis je lau makan. (^_^)




Buah mempelam yang tak masak ranum lagi tapi sedap dimakan colek dengan kicap letak gula belacan dan lada. Memang meleleh,
Ha ni mempelam colek namanya. Macam rojak la kepada mana yang tak paham tu. :P


Sebenarnya mempelam ni banyak jenis. Ada yang bulat namanya mempelam epal. Ada yang jenis lonjong. Ada yang jenis kecik-kecik macam pauh. Ada yang nama harum manis la harum masin la. Hahahaha. Banyak la saya pun tak tau jugak jenis mempelam ni. Apa yang saya tau saya suka makan tu je. Hahahaha :D


Okay berbalik kepada daun mempelam punya kasiat tu. Banyak kasiat yang hadir dari buah mempelam tu. Antaranya yang saya baca sembuhkan penyakit diabetis. 

Baca dekat bawah ni nak tau apa khasiatnya. Hehehehe.



Tak habis lagi tengok yang ni pulak. (^_^)


Ha tulah serba sedikit pasal khasiat daun mempelam. Kalau ada penambahan saya akan buka entri baru. Hehehehe. Dah tau kan? Jadi selamat beramal la ye. (^_^)

Saturday, 24 October 2015




SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa yang di dalam gambar itu? Kelihatan seperti menangkap gambar. Ya itulah aku. Nama diberi Ahmad Syahir bin Omar. Lahir dari percintaan ayah dan emakku iaitu Omar bin Haji Musa dan Roseni binti Jailani. Kini aku berusia 23 tahun. Ulang tahun kelahiranku sudah lama berlalu iaitu pada tanggal 27 Mei.

Serba sedikit tentang diri ku. Mungkin banyak perihal yang akan ku ceritakan. :)
Aku dilahirkan di HTAA hasil daripada akronim dari nama Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Seperti mana yang anda baca aku dilahirkan di HTAA dan "hint" yang aku berikan ialah Kuantan sudah semestinya aku tinggal di Kuantan iaitu Permatang Badak. Agak lucu bukan nama tempat tinggalku tapi itu lah tempat aku dibesarkan oleh kedua ibu bapaku bersama-sama adik beradikku yang lain. Aku anak bongsu dari 5 orang adik beradik termasuk diriku yang menjadikan angka 5 orang. Beza umur kami juga jauh berbeza. Aku sendiri tidak pasti umur adik beradikku sendiri. Hahaha seperti tidak ambil berat akan keluarga sendiri. Oh sebelum tu aku dan adik beradikku merupakan anak jati Pahang kerana ayah dan emakku dilahirkan di Pahang jadi secara tidak langsung kami adik beradik official jadi anak jati pahang. :P

Cukup dengan itu. Aku kini sedang menuntut ilmu di menara gading di utara iaitu Universiti Utara Malaysia dengan mengambil jurusan di dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi. Memang itu impian ku setelah gagal mendapat tempat selepas SPM aku mencuba nasib dengan masuk ke tingkatan 6 (STPM) atau sekarang dikenali sebagai PRAUNIVERSITI. Aku sanggup menerima cabaran dan suka mencuba perkara baru. Hobiku adalah menangkap gambar. Sebab itu gambar dekat atas sekali kelihatan aku sedang menangkap gambar. Hehehe. Alhamdulillah impian aku untuk memiliki kamera yang besar seperti angan-angan ku ketika kecil kini menjadi kenyataan kerana aku kini punya sebuah kamera DSLR.

Banyak yang ingin aku kongsikan tapi disebabkan mata yang kuyu dan kini semakin layu umpama membataskan diri aku untuk menaip. Alangkah jika ada alat atau gadjet terkini yang mampu melakukan kerja dengan hanya berfikir sahaja. Sudah tentu di dunia ini akan menjadi ramai pemalas di mana yang rajin akan bertukar malas dan yang malas akan jadi makin malas. Hehehe. InsyaAllah ada kesempatan masa akan aku kongsikan dengan lebih banyak lagi cerita tentang diriku ini. 
Di bawah ini ada beberapa gambar yang ku tangkap dan ada gambar family besar ku. Terima kasih kerana sudi membaca celoteh ku ini. (^_^)






Pemandangan DPP Yayasan Al-Bukhary dari atas bumbung 


Bangunan baru di UUM
S.O.I.S





Logo UUM tempat aku menuntut ilmu sekarang
(^_^) 
Gambar ahli keluarga besarku. Time ni semua balik raya dari adik beradik + kakak ipar dengan abang ipar.
(^_^)