Saturday, 24 October 2015




SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa yang di dalam gambar itu? Kelihatan seperti menangkap gambar. Ya itulah aku. Nama diberi Ahmad Syahir bin Omar. Lahir dari percintaan ayah dan emakku iaitu Omar bin Haji Musa dan Roseni binti Jailani. Kini aku berusia 23 tahun. Ulang tahun kelahiranku sudah lama berlalu iaitu pada tanggal 27 Mei.

Serba sedikit tentang diri ku. Mungkin banyak perihal yang akan ku ceritakan. :)
Aku dilahirkan di HTAA hasil daripada akronim dari nama Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Seperti mana yang anda baca aku dilahirkan di HTAA dan "hint" yang aku berikan ialah Kuantan sudah semestinya aku tinggal di Kuantan iaitu Permatang Badak. Agak lucu bukan nama tempat tinggalku tapi itu lah tempat aku dibesarkan oleh kedua ibu bapaku bersama-sama adik beradikku yang lain. Aku anak bongsu dari 5 orang adik beradik termasuk diriku yang menjadikan angka 5 orang. Beza umur kami juga jauh berbeza. Aku sendiri tidak pasti umur adik beradikku sendiri. Hahaha seperti tidak ambil berat akan keluarga sendiri. Oh sebelum tu aku dan adik beradikku merupakan anak jati Pahang kerana ayah dan emakku dilahirkan di Pahang jadi secara tidak langsung kami adik beradik official jadi anak jati pahang. :P

Cukup dengan itu. Aku kini sedang menuntut ilmu di menara gading di utara iaitu Universiti Utara Malaysia dengan mengambil jurusan di dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi. Memang itu impian ku setelah gagal mendapat tempat selepas SPM aku mencuba nasib dengan masuk ke tingkatan 6 (STPM) atau sekarang dikenali sebagai PRAUNIVERSITI. Aku sanggup menerima cabaran dan suka mencuba perkara baru. Hobiku adalah menangkap gambar. Sebab itu gambar dekat atas sekali kelihatan aku sedang menangkap gambar. Hehehe. Alhamdulillah impian aku untuk memiliki kamera yang besar seperti angan-angan ku ketika kecil kini menjadi kenyataan kerana aku kini punya sebuah kamera DSLR.

Banyak yang ingin aku kongsikan tapi disebabkan mata yang kuyu dan kini semakin layu umpama membataskan diri aku untuk menaip. Alangkah jika ada alat atau gadjet terkini yang mampu melakukan kerja dengan hanya berfikir sahaja. Sudah tentu di dunia ini akan menjadi ramai pemalas di mana yang rajin akan bertukar malas dan yang malas akan jadi makin malas. Hehehe. InsyaAllah ada kesempatan masa akan aku kongsikan dengan lebih banyak lagi cerita tentang diriku ini. 
Di bawah ini ada beberapa gambar yang ku tangkap dan ada gambar family besar ku. Terima kasih kerana sudi membaca celoteh ku ini. (^_^)






Pemandangan DPP Yayasan Al-Bukhary dari atas bumbung 


Bangunan baru di UUM
S.O.I.S





Logo UUM tempat aku menuntut ilmu sekarang
(^_^) 
Gambar ahli keluarga besarku. Time ni semua balik raya dari adik beradik + kakak ipar dengan abang ipar.
(^_^)

No comments:

Post a Comment