Saturday, 31 October 2015

Kehidupan Seorang Pelajar
(LIFE STUDENT @ STUDENT LIFE)


Hari ini kau datang riang,
Tersenyum buat ku senang,
Kau hias dirimu,
Membuat hati bertambah sayang....

Cewahhh. Bagi intro baik punya tapi ada kaitan ke dengan tajuk kat atas tu. Student life.
Nak start dari mana ek. Ok kita buat yang ringkas dulu. Pendidikan awal semestinya dari rumah la. Keluargaku mengajar bertatih, berjalan apa bagai. Pastu pergi ke "KEMAS". Habis dari tu masuk sekolah rendah namanya "SK Sungai Isap" (SKSI). Sekolah dekat SKSI ni sampai darjah 4. Tak sampai beberapa minggu sekolah dekat SKSI aku dapat tawaran masuk sekolah asrama darjah 4 nama sekolah tu "SMK SERI PEKAN" (SMKSP). Sekolah ni aku sekolah sampai UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah). Keputusan yang aku dapat cukup memberangsangkan. Hehehe.

Masuk sekolah menengah tingkatan satu aku pindah sekolah harian pulak sampai tingkatan 5. Nama sekolah tu "Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Isap" (SMKSI). Ni la sekolah yang aku amek PMR dan SPM. Yang banyak kenangan. Hahahaa. Lepas tu aku mohon nak masuk universiti guna result SPM tapi tak dapat. Kecewa. :(

Kecewa aku kejap je. Pastu dapat semangat dari keluarga dan "ehem-ehem" suruh sambung masuk tingkatan 6. Kali ini aku sekolah dekat "SMK PAYA BESAR" (SMKPB). Dan sampai aku dapat result aku pun cubala minta universiti ni dan alhamdulillah aku dapat masuk kat tempat aku sekarang namanya "Universiti Utara Malaysia" (UUM).

Mula-mula dapat memang seronok sangat sebab akhirnya dapat masuk "U". Siapkan barang dan dokumen dan pada tarikh 3 September 2015 bermulah perjalanan aku sebagai seorang mahasiswa UUM yang berkaliber. Hahahaha. Mungkin tak banyak yang dapat aku ingat memori dari semester 1 sampai semester 7 tapi setiap semester yang aku lalui ada ceritanya tersendiri.

Pada semester 1, aku digelar kawan-kawan baru sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia sebab aku dulu sem 1 suka pakai songkok lepas tu songkok tu akan senget dengan sendiri dan kelihatan macam mantan PM malaysia dahulu, Hehehe. Semester 1 juga aku dilantik untuk menjadi ahli jawatankuasa dalam persatuan akademik yang lebih dikenali sebagai "Persatuan Pengurusan Operasi". Hehe mula-mula tak nak rancang tapi dah rezeki. Jangan ditolak so aku terima jawatan dalam persatuan sebagai timbalan exco informasi dan penerbitan. Lagi sekali aku cakap aku pegang kali ni je tapi yang ni tak jadi kenyataan tapi aku dapat yang lagi baik. Semester 1 tu la aku banyak berjalan kat kedah ni hasil pengaruh kawan-kawan. Hahahaha.

Masuk semester dua, sebelum masuk sem 2 aku cek result waktu sem 1 tu dan alhamdulillah aku lulus peperiksaan akhir yang pertamanya kalinya aku ambil dekat UUM. Walaupun tak segempak boleh dapat anugerah dekan aku masih dikategorikan dengan seorang yang cemerlang. *hahaha masuk bakul sendiri daaa* Aku masih lagi pegang jawatan aku dan sem 2 aku mula aktif dalam sukan memukul iaitu Badminton. Hahahaha. Tapi aktif tak lama pun.

Masuk sem 3 aku dinaikkan jawatan. Cewahhhh. Macam kerja pulak. Hahaha. Daripada timbalan exco aku naik jawatan sebagai "Setiausaha 1". Besar tanggungjawab time pegang jawatan tu. Banyak pahit sedih time aku sem 3 ni. Nak tau ke? Tak perlu la rasanya sebab ikut kata yang sering didengar "Perkara Yang Lepas Usah Dikenang" Hehehehe. :P.
Masa ni result aku jatuh sikit. Sikit je tapi alhamdulillah masih cemerlang. Hehehe

Masuk sem 4, subjek pelajaran aku makin payah. Apa yang diajar satu habuk tak paham. Tapi once dah paham akan ku ingat sampai bila-bila. Time ni jugak aku susah sebab kewangan tak stabil. Tapi berkat kesabaran alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Masuk sem 5 lagi sekali aku dinaikkan pangkat dalam persatuan. Dari setiausaha 1 aku naik sebagai presiden bagi kelab akademik jurusan pengajian aku. Satu jawatan besar yang perlu dipikul. Dalam tempoh pemegangan aku sebagai presiden banyak benda yang jadi pada aku. Kawan mengumpat pasal aku, cakap buruk tentang aku, macam-macam la sebab banyak sangat. Result aku pun boleh dikatakan average cemerlang tapi masih dalam keadaan cemerlang. Hehehe.

Masuk sem 6, aku niat untuk bergerak solo. Maksud solo sini aku suka buat kerja aku sendiri. Sebab mungkin dah dapat hidayah kot. Hehehe. Sem 6 jugak merupakan sem yang agak susah untuk aku hadapi. Telefon pecah, laptop rosak, kenderaan aku nak gi kelas rosak. Pasrah sangat kena macam tu. Kuatkan semangat dalam hati apa semua. Akhirnya aku berjaya untuk menamatkan semester 6.

Semester 7. Itulah semester yang aku sedang hadapi sebagai pelajar tahun akhir bagi jurusan aku atau senang paham "senior". Sem 7 ni la aku jadi gila-gila sikit dan aku nak achieve goal hidup aku sebelum aku pergi praktikal nanti dan masuk dunia pekerjaa.

Banyak benda nak cerita tapi tak berapa nak ingat. Kalau aku ada diari akan aku tulis setiap apa yang terjadi tapi malangnya tak ada. Dulu ada tapi tiba-tiba tak menulis diari. "Diari seorang lelaki" macam tajuk lagu dah tu. Hehehe. InsyaAllah ada masa saya akan update entri yang ini bila dah ingat.

Terima kasih kerana sudi membaca. (^_^)

No comments:

Post a Comment